Sunday, 20 November 2016

9 Makanan Yang Mengurangkan Kahak Dan Lendir



9 Makanan Yang Mengurangkan Kahak Dan Lendir Ketika Sakit
.
Artikel sebelum ni saya senaraikan 7 jenis makanan yang menambah teruk kahak dan lendir kan? Haa.. harini  saya sambung pasal makanan yang baik diambil untuk mengurangkan kahak tu.
.

  • Semua jenis sayur berdaun hijau
  • Brokoli dan bunga kobis
  • Bawang putih (ini yang paling efektif)
  • Asparagus
  • Bawang merah
  • Halia dan kunyit
  • Cili
  • Buahan citrus (limau, lemon, oren)
  • Nenas


Bila puan atau anak puan berhenti ambil makanan yag menambah kahak dan gantikan dengan makanan yang disebut di atas, percayalah, puan akan nampak hasil yang jelas dan ketara.


Maklumat ini dibawakan oleh Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd

Thursday, 17 November 2016

7 Jenis Makanan Menambah Kahak

7 Jenis Makanan Yang Menambah Kahak Dan Lendir Ketika Sakit

Kahak dan lendir adalah antara penambah susah ketika kita sedang batuk atau selesema. Dahlah batuk, lepas tu kahak melekat kuat di kerongkong.

Tahukah puan-puan, terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan supaya kahak dan lendir tu senang dikawal dan dikurangkan?

Ini antara senarai makanan tersebut:


  • Produk tenusu (cheese, yogurt, susu penuh krim etc)
  • Telur
  • Makanan yang kaya gula (biskut, kek, pastry)
  • Makanan yang digoreng tenggelam (deep fried)
  • Semua jenis makanan berasaskan soya
  • Minuman atau makanan yang mengandungi kafein (kopi, teh)
  • Makanan berasaskan gandum (roti, muffin etc)

Mengurangkan pengambilan makanan-makanan yang tersenarai di atas akan membuat puan/anak puan semakin selesa walaupun batuk/selesema.

Apa pula jenis makanan yang membantu melegakan ketidakselesaan yang disebabkan oleh kahak dan lendir tersebut? Saya akan cerita di posting seterusnya ya.




#infobyMHAMSB
#MinyakHerbaAsmak

Saturday, 12 November 2016

Kenali Jenis Kahak dan Hingus

Ada beberapa jenis kahak dan hingus yang perlu kita kenali. Ada yang jernih, hijau dan kuning.
Bila dah tau, kuranglah sikit risau bila diri sendiri atau keluarga terkena batuk / selsema. Betul tak?

Jom Kenali Jenis Kahak dan Hingus Kita


Hingus + kahak jernih = Dijangkiti virus
Hingus hijau = Dijangkiti bakteria
Hingus kuning = Dijangkiti bakteria @ virus

Mengenal batuk kahak:
  • Kahak jernih + badan sejuk = Dirawat dengan madu, buah delima & perlu makan makanan bersifat panas
  • Kahak pekat berwarna kuning atau hijau + badan panas = Dirawat dengan barli @ air asam Jawa & perlu makan makanan bersifat sejuk
Anda juga boleh menggunakan Minyak Herba Asmak untuk mengurangkan dan melegakan simptom dan gejala yang dihadapi.