Sunday, 22 January 2017

Ruam Panas



Kepanasan yang terlampau boleh buatkan bayi rimas dan kulit terjejas, naik bintik2 merah seakan-akan jerawat. Selalunya dikawasan pelipatan seperti leher, pelipatan siku, dicelah-celah kulit berketak-ketak. 

Ruam panas, juga dikenali sebagai ruam mencucuk atau ruam gatal (miliria), adalah erupsi kulit yang boleh timbul apabila bayi anda terlalu panas dalam cuaca panas dan lembap.

Jika badan si kecil dengan tiba-tiba diserang oleh ruam merah terang dan berbintik di leher, bawah lengan atau di tepi lampin atau seluar dalam, jangan panik; ianya mungkin hanya ruam panas. Apabila panas dan lembap di luar, anak anda akan berpeluh untuk menyejukkan badannya.

Jika dia berpeluh terlalu banyak sehinggakan pori kulit menjadi tersumbat dan peluh tidak dapat keluar, ruam panas akan timbul. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung mendapat ruam panas sebab kelenjar peluh mereka belum lagi matang sepenuhnya.

Pakaian ketat atau tebal akan menakung peluh juga, menyebabkan iritasi menjadi lebih teruk. Kanak-kanak boleh mendapat ruam panas dari apa saja yang menyebabkan dia banyak berpeluh, seperti suhu tinggi atau dia berlari-lari main di persekitaran yang panas.


Credit to : Info Kesihatan



Sekiranya anak puan2 diserang ruam, sapukan Bedak Asmak pada ruam tersebut, Bedak Asmak, seperti bedak sejuk akan menyejukkan kawasan yang diserang ruam. Selain itu, Bedak Asmak juga cepat mengeringkan ruam terutamanya ruam2 berair.


Simpan sebotol Bedak Asmak untuk kegunaan seisi keluarga.







WhatsApp    019 210 4923
WhatsApp    019 210 4923
WhatsApp    019 210 4923
+60192104923

No comments:

Post a Comment